5 HAL YANG BOLEH MENENTUKAN KEMAMPUAN EREKSI PARA LELAKI

Pada lelaki, kemampuan ereksi sangat dipengaruhi oleh samada sihat atau tidaknya gaya hidup mereka. Makin sihat gaya hidupnya, maka akan semakin berkualiti pula ereksinya. Selain boleh untuk bertahan lama di ranjang, lelaki dengan gaya hidup yang sihat juga lebih mampu untuk mempertahankan ereksinya hingga mencapai usia yang lebih tua.

Beberapa hal yang berkait rapat dengan gaya hidup yang menentukan ereksi seorang lelaki antara lain sebagai berikut, seperti yang dipetik dari Pulse, Isnin (26/6/2016).

Advertisement
  1. Makanan

Pola pemakanan yang tidak sihat untuk jantung, biasanya boleh mengganggu kemampuan ereksi. Sejumlah penelitian telah membuktikan bahawa pola pemakanan yang meningkatkan risiko serangan jantung juga boleh menyebabkan penyumbatan pembuluh darah ke arah zakar. Agar ereksi tidak terganggu, jauhi lemak-lemak yang tidak baik dan banyakkam pengambilan buah-buahan.
  1. Berat badan

Menjaga berat badan agar sentiasa mencapai kadar yang ideal juga penting untuk menjaga ereksi, selain tentunya menangkis pelbagai risiko penyakit. Kelebihan berat badan, apatah lagi hingga sampai menjadi obesiti, ianya boleh meningkatkan risiko diabetes mellitus jenis 2 yang mana salah satu komplikasinya boleh menyebabkan mati pucuk.
  1. Kebiasaan minum alkohol

Kebiasaan minum alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan saraf. Keadaan tersebut akan mengubah keseimbangan hormon, termasuk menurunkan hormon seksual lelaki yang diperlukan untuk mampu menberikan ereksi. Jadi kalau mahu tetap boleh mendapatkan ereksi, kurangkan atau kalau boleh hindarkan pengambilan alkohol.
  1. Bersenam

Begitu banyak penelitian yang mengaitkan gaya hidup yang tidak banyak bergerak, dengan risiko mati pucuk. Senaman jenis apapun, penting untuk dilakukan demi menjaga kemampuan ereksi. Aerobik misalnya, akan menjaga kesegaran tubuh sedangkan latihan beban akan membentuk kekuatan otot. Keduanya diperlukan dalam menjaga keseimbangan hormon seksual.
  1. Kebiasaan merokok

Jelas tercantum dalam rokok itu sendiri, asap tembakau boleh meyebabkan pelbagai jenis gangguan fungsi seksual. Mati pucuk pula merupakan adalah salah satu dari gangguan tersebut. Racun nikotin yang terkandung di dalamnya pula boleh membuatkan pembuluh darah berkontraksi, sehingga aliran darah menuju ke zakar terbantut.
Semoga perkongsian ini membantu anda untuk menjaga kesegaran tubuh di samping mengelakkan gaya hidup tidak sihat untuk memastikan anda mendapatkan ereksi yang anda harapkan.

SUAMI JANGAN TAKUT BOROI




Kami tidak mahu melabelkan setiap lelaki yang sudah berkahwin pasti berperut boroi walaupun hampir 92% golongan ini akan boroi selepas dua tahun ke atas sepanjang tempoh perkahwinan. Mari fikir positif akan suami berperut boroi ini.
Advertisement
Hampir kesemua lelaki bujang mempunyai berat sekitar 50 hingga 60 kilogram. Lelaki bujang biasanya mempunyai lebih banyak melakukan aktiviti bersama teman-teman di pusat gim atau pusat senaman yang lain.
Malah, mereka cenderung hidup lebih aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Bagi yang jauh daripada ahli keluarga, corak pemakanan juga menjadi tidak teratur.
Berbanding lelaki yang sudah mendirikan rumah tangga, sudah pasti secara tidak langsung corak pemakanan para suami lebih terjaga. Ia menjadi lebih teratur lebih-lebih lagi mendapat isteri yang gemar memasak.
Ini tidak termasuk lagi isteri yang gemar melihat nafsu makan suami yang berselera setiap kali makan masakannya. Takkan mahu menolak nasi dan lauk yang ditambah isteri tersayang, bukan? Itu hakikat yang sebenar.
Apabila sudah mempunyai anak, aktiviti luar semakin terbatas. Kebanyakan masa banyak dihabiskan bersama isteri dan anak-anak di rumah.
Jika berpeluh sekalipun, ia hanya berlaku ketika aktiviti seks bersama isteri. Lama kelamaan, lemak banyak terkumpul di perut dan menjadikan golongan suami berdepan dengan situasi perut boroi.
Oh ya, jangan terkejut apabila kes perceraian banyak berlaku pada suami yang berperut rata. Suami boroi yang bercerai hanya berjumlah 19% berbanding jumlah suami perut rata iaitu lebih dari 80%!
Itulah hakikatnya dan jika anda salah seorang suami yang berperut boroi, bersyukurlah kerana anda tergolong dalam suami yang penyayang dan pandai menguruskan rumah tangga.
Alasan-alasan ini bukan bermakna anda perlu mengabaikan kesihatan. Apabila anda seorang suami yang penyayang dan setia tetapi mempunyai tubuh badan persis Aaron Aziz, ia satu bonus paling baik.
Secara tidak langsung, ia menjadi pendorong untuk isteri turut menjaga penampilan. Hasilnya, anda dan isteri bersama-sama tampil sebagai pasangan suami isteri ‘hot’!


PEREMPUAN LEBIH GEMAR LELAKI YANG KELAKAR ?

Wanita menilai lelaki bukan hanya daripada penampilan malah merangkumi tingkah laku, ekonomi, latar belakang, prestasi, kemampuan dan ciri lain. . Bagi lelaki, jangan takut jika tidak disukai oleh seorang wanita. Ini kerana pasti ada wanita lain yang menyukai anda kerana penilaian wanita juga berbeza-beza.
Advertisement
1. Tampan
Lelaki yang tampan, kulit cerah (tidak terlalu putih), tinggi, penampilan menarik, gaya rambut mengikut trend, wajah mulus, wangi dan pakaian mengikuti trend. Wanita mana tidak senang duduk apabila melihat lelaki seperti ini? Umumnya wanita menyukai lelaki yang sebegini. Wanita tidak menyukai lelaki yang  tidak beretika dan tidak menunjukkan kewibawaannya.
2. Humor
Lelaki yang mempunyai ciri humor dalam diri sering disukai kebanyakan wanita kerana dia merasa terhibur ketika  mungkin sidia sedang sedih. Namun, jangan terlalu berlebihan.
Sesuaikan juga dengan moodnya. Seperti jangan membuat jenaka ketika dia sedang marah kerana tersilap langkah  akan membuatnya semakin marah. Jangan juga menjadi orang yang terlalu pendiam kerana akan membosankan wanita.
3. Moden
Wanita kini suka lelaki yang moden dan tidak ketinggalan zaman. Wanita suka lelaki yang menggunakan gajet terkini dan berkelas, kenderaan mewah, mahir mengendalikan gajet, mahir IT dan sebagainya.
Lelaki yang mampu mengendalikan gajet dengan baik jauh lebih menarik bagi wanita. Mungkin itu kerana wanita menganggap lelaki itu sebagai lelaki moden, ada karisma, berkelas dan mengikuti zaman.
4. Bijak
Lelaki yang bijak sentiasa diidamkan oleh wanita. Lelaki sebegini mempunyai masa depan yang depan dalam kerjaya . Mereka seorang yang rasional dalam membuat keputusan.
5. Bertanggung Jawab
Wanita suka berada dekat lelaki  jika lelaki tersebut boleh membuatnya  merasa tenang  dan selesa. Misalnya dalam kerja kelompok lelaki itu berani melakukan hal yang tidak berani dilakukan oleh wanita (seperti bertanggung jawab dan bertanya kepada orang yang belum dikenalnya).
Tentu saja wanita tersebut tidak perlu merasa cemas akan dirinya kerana telah dilindungi oleh lelaki tersebut.
6. Romantis
Inilah syarat utama lelaki sempurna bagi wanita. Salah satu tanda orang yang romantis ialah ketika dia mengatakan “so sweet” dengan nada dan tingkah yang lucu.

Suami Isteri Ini Sering Bergaduh. Disangkakan Rumah Tangganya Kena Sihir, Namun Ini yang Sebenarnya Berlaku..



Lebih kurang dua tahun lalu, sang faqir menerima panggilan telefon dari seorang lelaki yang juga seorang pengusaha bas ekspress. Sang faqir gelarkan lelaki itu sebagai Encik S.

Encik S: Assalamualaikum ustaz.

Sang faqir: Waalaikummussalam WarahmatULLAHi Wabarakaatuh.

Encik S: Ustaz, saya S. Dapat nombor telefon ustaz dari kawan saya. Saya ada masalah. Difahamkan ustaz boleh mengubat orang. Minta ustaz bantu saya.

Sang faqir: Saya tak pandai mengubat orang. Ikhtiar, insyaAllah. Ada masalah apa ye?

Encik S: Begini, rumah tangga saya ada masalah. Dalam rumah panas saja (aduan standard), asyik bergaduh saja saya dengan isteri.

Sang faqir : Ooo begitu, kena pasang aircond, barulah sejuk.

Encik S: Ini bukan masalah aircond, ustaz. Ini masalah sihir, ramai ustaz saya dah pergi jumpa, semua kata ini angkara sihir.

Sang faqir: Oo sihir. Macam inilah Encik S, kita buat temujanji. Encik S dan isteri kena datang ke klinik saya. Kita periksa masalah sebenar, boleh?

Encik S: Okey, boleh ustaz.

Temujanji ditetapkan. Tiba hari yang telah dijanjikan. Encik S dan Puan N hadir ke klinik TIAF. Mereka dijemput masuk dan duduk di dalam bilik konsultansi.

Sang faqir: Bismillah. Okey, boleh saya tahu apa masalah ya?

Encik S: Saya mulakan dulu ye ustaz. Begini, saya dan isteri selalu gaduh. Asal saya balik rumah saja, mesti jadi panas, nak gaduh saja. Kami dah kena sihir.

Sang faqir: Macam mana boleh kata gitu?

Encik S: Dah pergi banyak tempat dah. Semua ustaz cakap sihir.

Sang faqir: Kalau macam itu, mesti dah selesai, kan?

Encik S: Masih belum ustaz, makin teruk adalah. Saya syak isteri saya ini kena sihir.

Sang faqir : Puan N, ada hendak kongsi apa-apa?

Puan N hanya menggelengkan kepala.

Encik S: Haa, macam itlah dia ustaz. Kalau tanya apa-apa, itu sajalah yang dia tahu. Diam, geleng. (sambil mendengus). Minta ustaz keluarkan jin-jin pada dia.

Sang faqir: Sabar Encik S. Macam inilah. Saya yakin dan berani jamin, ini bukan kes sihir. Amat-amat pasti.

Encik S : Betul ke, ustaz? Takkanlah? (wajahnya ragu-ragu)

Sang faqir : Betul. Begini, boleh saya tahu Encik S dan Puan N ada berapa orang anak?

Encik S: Ada lima orang, ustaz.

Sang faqir: Okey, rata-rata umur berapa? Siapa yang jaga dan uruskan?

Encik S menguit Puan N tanda arah supaya menjawab.

Puan N: Saya, ustaz. Yang sulung umur 12 tahun, yang bongsu 4 tahun.

Sang faqir: Okey. Encik S, selalunya balik rumah jam berapa?

Encik S: Saya balik rumah tak tentu ustaz. Kadang-kadang tengah malam, takpun lewat malam. Tengoklah kalau bas semua ok, awallah sikit saya balik.

Sang faqir: 'Awal' itu jam berapa?

Encik S: Dalam jam 11 lebih kurang.

Sang faqir : Jadi, urusan anak-anak, rumah, memang Encik S serah sepenuhnya pada Puan N?

Encik S: Terpaksalah ustaz. Dulu pernah ada maid, maid pula lari.

Sang faqir: Puan N ada hendak cakap apa-apa?

Puan N hanya menggeleng sahaja.

Sang faqir: Beginilah, sebenarnya masalah ini timbul disebabkan keletihan Puan N uruskan rumah. Encik S balik rumah waktu semua orang dah tidur, tenang. Puan N tiada tempat melepaskan letihnya.

Encik S: Saya ini sibuk ustaz. Mana sempat nak bantu hal-hal di rumah.

Sang faqir: Encik S, dunia ini tempat untuk kita sibuk. Sibuk paling penting adalah sibuk untuk mengisikan masa dengan amalan kebaikan. Dan kalau kita mengaku kita sibuk, kita masih lagi ada kelapangan. Kerana manusia yang benar-benar sibuk dalam dunia ini adalah Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Encik S: Nak buat macam mana ustaz, memang saya sibuk.

Sang faqir: Maaf saya bertanya hal peribadi sikit. Boleh?

Encik S: Boleh ustaz

Sang faqir: Dalam seminggu berapa kali Encik S melakukan hubungan kelamin?

Encik S: Hmm, dalam dua kali seminggu, ustaz.
Sang faqir: Bermaksud, Encik S bukan orang yang sibuk, kerana orang yang sibuk tidak akan terfikir langsung tentang seks. Puan N, maaf saya bertanya. Kenapa Puan N tak berterus terang pada Encik S, yang Puan letih?

Puan N: Saya dah penat ustaz. (Puan N mula bersuara). Saya penat dengan kerja rumah, saya penat dengan tuduhan suami saya, cakap saya ada jin. Saya dah penat sangat ustaz, saya dah tak tahu hendak buat apa. (Puan N tertunduk menangis).

Sang faqir: Encik S dah dengar? Itulah sihir yang sebenar, yang ramai ustaz di luar rumah tak mampu buang, tapi ustaz dalam rumah yang patut selesaikan.

Encik S: Apa lagi patut saya buat? Semua saya dah sediakan.

Sang faqir: Perhatian dan Prihatin. Itu sahaja yang perlu Encik S buat. Dan dua perkara yang telah hilang sekian lama dalam rumah Encik S. Dan dua perkara itu juga adalah aircond dan kipas dalam rumah Encik S yang Encik S cakap panas tadi.

Encik S terdiam dan kelihatan resah.

Sang faqir: Inipun dalam Encik S asyik sibuk ini, silap-silap ada niat hendak pasang cawangan lain.

Encik S seumpama menelan batu, dan tidak lepas di tekak.

Sang faqir: Ke saya salah Encik S?

Encik S: Memang betul ustaz, saya ada niat nak kahwin lagi. Yerlah, sunnah kan, poligami ini. Lagipun saya mampu.

Sang faqir: Encik S, kita tidak demam tapi kita suka-suka hati telan panadol? Apa jadi ya?

Encik S: Mengantuk? Dah tak demam, nak telan panadol buat apa. Tapi apa kaitan?

Sang faqir: Memang ada kaitan. Encik S tiada keperluan untuk poligami, tapi hendak poligami, itu dah jadi kehendak. Air kopi yang sedia ada masih belum habis diminum, tiba-tiba kita hendak minum teh tarik di meja lain pula, apa maksudnya?

Encik S: Tapi saya mampu ustaz. Dia (tunjuk pada Puan N) yang tak bagi.

Sang faqir: Mampu pada faham Encik S tak sama dengan mampu pada takrif agama, Encik S mungkin mampu dengan nafaqah zahir, mampu nafaqah batin, tapi nafaqah tarbiyyah macam mana? Anak-anak berapa kali khatam Al Quran? Ilmu Tauhid macam mana? Encik S lebih tahu jawapannya. Dan masalah panas dan semakin panas ini mula daripada Encik S ajukan niat Encik S kan?

Encik S: Rasanya gitulah, ustaz.

Sang faqir: Begini Encik S, memang poligami itu sunnah. Tetapi perlu faham kepada siapa? Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wasallam ada sifat fatonah iaitu bijak dalam setiap perbuatan, janganlah kita mencemarkan sifat tersebut dengan kejahilan kita. Maksud saya, sunnah kena belajar sungguh-sungguh, faham sungguh-sungguh. Encik S tahu sunnah ada berapa jenis?

Encik S: Sorry ustaz, itu semua saya tak tahu, tak sempat belajar. Lagipun saya bukannya ustaz.

Sang faqir: Haa, situ pun dah silap, hendak jadi orang yang berilmu tidak semestinya kena tunggu ada cita-cita nak jadi ustaz. Beginilah Encik S, hendak selesaikan semua perkara ini mudah sahaja.

Encik S: Macam mana?

Sang faqir: Encik S latih diri untuk beri perhatian dan prihatin pada keluarga terutamanya pada Puan N, jika tiada masa untuk bantu dia di rumah sekalipun, luangkan masa berbual dengannya. Jika Encik S boleh buat semua ini, semua sihir yang Encik S anggap ada selama ini, akan hilang terus. Puan N, betul tak yang saya sebut tu?

Puan N : Betul ustaz. Saya tak ada kawan, setiap hari bosan, hujung minggu pun bosan, saya macam tunggul dalam rumah. Entahlah. (sambung menangis).

Sang faqir: Sabar Puan N. Encik S, saya rasa tugas saya dah selesai. Saya minta Encik S selesaikan sebaiknya dengan Puan N. Jangan sampai Puan N buat novel " Suamiku Lelaki Egois" pula. (Puan N tertawa kecil)

Konsultansi tamat setelah hampir 1 jam setengah di dalam bilik. Encik S dan Puan N pulang dengan membawa bekalan bebelan dari sang faqir.

Pesanan kepada yang ingin membuat temujanji dengan sang faqir untuk masalah rumahtangga dan ingin mengaitkannya dengan masalah jin, mohon kenalpasti masalah sebenar dahulu, kerana bimbang kalian terpaksa menadah telinga mendengar sang faqir membebel.

Wahai suami, pimpinlah tangan isterimu ke Syurga Allah.
Wahai isteri, genggamlah tangan suamimu ke Rahmat Allah.
Wahai anak-anak, eratkanlah pautan tanganmu pada ibubapamu ke Redha Allah.
Semoga ALLAH amankan rumahtangga sekalian umat Sayyiduna Rasullillahi Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Rahmat dan RedhaNya. Wassalam.

p/s: Kepada para isteri, mohon usah di'tag' nama suami kalian di sini, walaupun niat baik, namun boleh menimbulkan pelbagai pandangan negatif orang lain. Kepada para suami, ambil iktibar.