Kepentingan Makanan Berkhasiat

pemakanan-seimbang-women-online-magazine-1

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.
Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam.
Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan  dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

549559_453580191339782_996645969_n
Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.
“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan.
Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini.
Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

obesity
  1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.
Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

sk277_2_001i1
  1. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.
Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

1438755063
  1. Mampu mengawal kadar obesiti.
Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

Child-Obesity
  1. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.
Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Kesimpulannya
Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.

5 Perkara Anda Lakukan Pada Waktu Pagi Boleh Menyebabkan Keletihan Sepanjang Hari





tak cukup tidur

Jika anda berasa penat pada hari ini, jangan salahkan hari semalam anda pula.
Walaupun kekurangan tidur boleh antara faktor paling utama yang menyebabkan kita berasa letih, namun ada beberapa sebab lain yang mungkin boleh menyumbang kepada masalah tersebut – dan sesetengahnya ada juga yang terjadi sebelum anda menjejakkan kaki keluar dari rumah.
Namun ia adalah perkara baik kerana anda boleh mengawal perkara yang selalu menjadi kebiasaan setiap pagi.

Berikut adalah beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah tersebut dan cara mengatasi agar anda sentiasa kelihatan ceria setiap pagi.

main telefon tika tidur

1. Ambil Masa Berlebihan Bermain Telefon

Anda tidak perlu menyalahkan telefon anda, tapi menghabiskan masa yang berlebihan dengan telefon anda itu yang menjadi masalah utama.
Jika anda bangun daripada tahap tidur yang paling nyenyak itu ia boleh mengakibatkan anda berasa lebih mengantuk dan letih sepanjang hari berbanding mereka yang bangkit dari tahap tidur yang ringan.
tidur dengan fitbid

2. Terlalu Bergantung Pada Fitbid

Pengesan fitnes kadangkala boleh memberikan kebaikan kepada anda dalam membantu mengesan dan memotivasikan diri anda. Namun apabila anda turut menggunakannya ketika waktu tidur, ia sebenarnya boleh menyebabkan anda berasa lebih letih.
Kebanyakan pengguna yang menggunakan peralatan ini bangun melihat skor tidur mereka yang teruk, mereka akan mula bimbang mengenainya. Ini boleh menyedut keluar segala tenaga dari anda walaupun sebelum mula bersiap.
dehidrasi tidur

3. Anda Tidak Berhidrasi

Tentu anda faham mengapa kadangkala kita bangun dengan bau mulut yang tidak menyenangkan, kerana kita kekurangan air di dalam badan.
Ketika anda tidur, tubuh anda akan mula menyerap setiap air yang anda minum sepanjang hari. Ini bermaksud anda akan beroperasi selama 8 jam tanpa air di dalam badan. Jika anda tidak mengambil air untuk berhidrasi, sumber tenaga dalam tubuh anda bakal beransur-ansur hilang.
Minum sebaik sebelum anda keluar dari rumah.
mandi malam

4. Mandi Pada Waktu Malam

Mandian panas pada malam hari dapat membantu merehatkan otot-otot anda dan menghilangkan ketegangan dan akhirnya membantu anda untuk lena tidur, bukan?
Namun hakikat sebenarnya, jika anda mengamalkan tabiat mandi air panas pada waktu malam, ia adalah sama seperti anda bersenam sepanjang malam. Ia menaikkan suhu badan oleh itu ia akan mengambil masa untuk menyejuk dan membenarkan anda tidur lena.
bersenam lepas kerja

5. Bersenam Selepas Waktu Kerja

Memulakan hari anda dengan larian pada waktu pagi atau bersenam boleh menjadikan anda lebih cergas untuk menghadapi hari yang seterusnya.
Segala jenis senaman boleh membantu mengalirkan oksigen dan nutrisi ke dalam tisu badan dan membantu paru-paru dan jantung anda untuk beroperasi dengan lebih baikdan membekalkan lebih tenaga kepada anda sepanjang hari.