Kepentingan Makanan Berkhasiat

pemakanan-seimbang-women-online-magazine-1

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.
Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam.
Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan  dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

549559_453580191339782_996645969_n
Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.
“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan.
Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini.
Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

obesity
  1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.
Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

sk277_2_001i1
  1. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.
Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

1438755063
  1. Mampu mengawal kadar obesiti.
Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

Child-Obesity
  1. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.
Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Kesimpulannya
Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.

5 Perkara Anda Lakukan Pada Waktu Pagi Boleh Menyebabkan Keletihan Sepanjang Hari





tak cukup tidur

Jika anda berasa penat pada hari ini, jangan salahkan hari semalam anda pula.
Walaupun kekurangan tidur boleh antara faktor paling utama yang menyebabkan kita berasa letih, namun ada beberapa sebab lain yang mungkin boleh menyumbang kepada masalah tersebut – dan sesetengahnya ada juga yang terjadi sebelum anda menjejakkan kaki keluar dari rumah.
Namun ia adalah perkara baik kerana anda boleh mengawal perkara yang selalu menjadi kebiasaan setiap pagi.

Berikut adalah beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah tersebut dan cara mengatasi agar anda sentiasa kelihatan ceria setiap pagi.

main telefon tika tidur

1. Ambil Masa Berlebihan Bermain Telefon

Anda tidak perlu menyalahkan telefon anda, tapi menghabiskan masa yang berlebihan dengan telefon anda itu yang menjadi masalah utama.
Jika anda bangun daripada tahap tidur yang paling nyenyak itu ia boleh mengakibatkan anda berasa lebih mengantuk dan letih sepanjang hari berbanding mereka yang bangkit dari tahap tidur yang ringan.
tidur dengan fitbid

2. Terlalu Bergantung Pada Fitbid

Pengesan fitnes kadangkala boleh memberikan kebaikan kepada anda dalam membantu mengesan dan memotivasikan diri anda. Namun apabila anda turut menggunakannya ketika waktu tidur, ia sebenarnya boleh menyebabkan anda berasa lebih letih.
Kebanyakan pengguna yang menggunakan peralatan ini bangun melihat skor tidur mereka yang teruk, mereka akan mula bimbang mengenainya. Ini boleh menyedut keluar segala tenaga dari anda walaupun sebelum mula bersiap.
dehidrasi tidur

3. Anda Tidak Berhidrasi

Tentu anda faham mengapa kadangkala kita bangun dengan bau mulut yang tidak menyenangkan, kerana kita kekurangan air di dalam badan.
Ketika anda tidur, tubuh anda akan mula menyerap setiap air yang anda minum sepanjang hari. Ini bermaksud anda akan beroperasi selama 8 jam tanpa air di dalam badan. Jika anda tidak mengambil air untuk berhidrasi, sumber tenaga dalam tubuh anda bakal beransur-ansur hilang.
Minum sebaik sebelum anda keluar dari rumah.
mandi malam

4. Mandi Pada Waktu Malam

Mandian panas pada malam hari dapat membantu merehatkan otot-otot anda dan menghilangkan ketegangan dan akhirnya membantu anda untuk lena tidur, bukan?
Namun hakikat sebenarnya, jika anda mengamalkan tabiat mandi air panas pada waktu malam, ia adalah sama seperti anda bersenam sepanjang malam. Ia menaikkan suhu badan oleh itu ia akan mengambil masa untuk menyejuk dan membenarkan anda tidur lena.
bersenam lepas kerja

5. Bersenam Selepas Waktu Kerja

Memulakan hari anda dengan larian pada waktu pagi atau bersenam boleh menjadikan anda lebih cergas untuk menghadapi hari yang seterusnya.
Segala jenis senaman boleh membantu mengalirkan oksigen dan nutrisi ke dalam tisu badan dan membantu paru-paru dan jantung anda untuk beroperasi dengan lebih baikdan membekalkan lebih tenaga kepada anda sepanjang hari.

3 Rahsia Makan Banyak Tapi Badan “Maintain”



178057176_XS

Kita selalu bertanya-tanya kenapa ada orang yang makan banyak tapi badan tak gemuk. Kita pulak makan sikit tapi berat cepat saja naik.
Salah satu faktor yang menentukan turun naik berat badan tubuh adalah proses metabolisma  seseorang.
Setiap dari kita memiliki metabolisma yang berbeza-beza, ada yang cepat ada yang lambat. Metabolisma ini adalah proses mengubah makanan menjadi tenaga bagi tubuh.

man-diet-for-trusted-man-600x265
Namun kadar kecepatan metabolisma ini juga boleh dipengaruhi juga oleh faktor genetik, usia, rutin tidur dan pemakanan.
Dalam pada itu pakar turut menyarankan melakukan tiga aturan makan supaya tubuh mampu melakukan metabolisma dengan baik.
3 Rahsia Makan Banyak Tapi Badan Kekal “Maintain”
1. Banyak Ambil Protein
protein-main
Tubuh lebih mudah membakar kalori yang terdapat pada protein dibandingkan lemak mahupun karbohidrat. Jadi pilih makanan kaya protein yang rendah lemak pada daging merah, ayam, ikan, tauhu dan kacang-kacangan.
2. Sarapan Jangan Lupa
photo-for-blog-19
Ini adalah waktu makan paling penting tapi sering kita abaikan. Tapi sarapan hendaklah seadanya saja untuk mengawali proses metabolisma supaya tubuh memiliki tenaga untuk bekerja sepanjang hari.

3. Makan Kerap Tapi Sedikit
441ea7a90b4b82e91164977a4e3293ad
Jangan biarkan perut kosong selama tiga-empat jam. Membiarkan perut kosong selama tempoh itu boleh menurunkan metabolisma tubuh.
Ambil snek ringan (diulangi ringan!) yang mengandungi protein dan karbohidrat seperti pisang dan kacang atau epal.
Nah inilah tiga rahsianya. Mudah kan.

5 Manfaat Nutrisi Yang Anda Boleh Dapat Dalam Biji Tembikai!



View 1,725 : Today 59
Watermelon-Seeds

Kebiasaannya, kalau kita makan tembikai pasti akan ludahkan biji tembikai. Ada juga yang buat pertandingan “menembak” dengan biji tembikai bersama rakan-rakan. Tetapi mungkin ramai yang tak tahu, terdapat manfaat kesihatan dalam biji tersebut?
pic3
Beberapa kawasan di Asia dan Timur Tengah memanggang biji tembikai dan dimakan sebagai snek atau dicampur dengan salad. Di Negeria pula, ia dijadikan bahan dalam penyediaan sup. Ada juga yang minat mengunyahnya secara mentah-mentah.
Antara faedah nutrisi yang terdapat dalam biji tembikai ialah:
1. Magnesium
Watermelon-Seeds (1)

Salah satu daripada mineral yang terdapat dalam biji tembikai adalah magnesium. Ia penting untuk memantapkan fungsi metabolik badan, selain mengekalkan keadaan saraf danfungsi otot, jantung, juga untuk kesihatan tulang.
2. Iron

Segenggam biji tembikai mungkin mengandungi kira-kira 0.29 mg iron atau zat besi. Zat besi adalah satu komponen penting dalam hemoglobin yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh. Ia juga membantu badan anda menukar kalori kepada tenaga.
3. Folate
DSC_0319
Selain itu, biji tembikai juga mengandungi folate juga  lebih dikenali sebagai asid folik atau vitamin B-9. Ia penting untuk mengatur fungsi otak dengan betul dan mengawal paras homocysteineFolate juga amat diperlukan oleh wanita mengandung kerana kekurangan folate boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.
4. Lycopene
Lycopone yang terdapat dalam biji tembikai adalah baik untuk kesuburan lelaki kerana akan mengurangkan risiko bentuk sperma yang tidak normal dan bersifat anti-kanser yang dapat mencegah daripada kanser prostat.
5. Amino acid
snapshotsfromasia-wack
Asid pun bagus ker? Ya! ini adalah amino acid atau dalam bahasa melayunya asid amino yang membantu  serapan kalsium ke dalam  tulang agar lebih kukuh, menggiatkan pembentukan kolagen dan tisu sambungan serta meningkatkan metabolisma dan fungsi sistem kardiovaskular. Ia juga baik untuk kesihatan seksual.
Jadi lepas ni, makanlah tembikai sekali dengan biji-bijinya!

8 Risiko Penyakit Batu Karang Pada Lelaki


1. Batu karang merupakan salah satu penyakit yang biasa ditemui. Ia boleh berlaku pada nisbah setiap seorang daripada 10 orang. Risiko untuk mendapat batu karang adalah 5-10% & kemungkinan seorang hingga 2 orang setiap 1,000 orang dalam populasi.

2. Kejadian batu karang kerap berlaku pada usia 30-50 tahun. Rata-rata pesakit batu karang adalah di kalangan lelaki. Berdasarkan kajian, penyakit batu karang sememangnya lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita. Nisbah sebanyak 3 orang lelaki bagi setiap seorang wanita mempunyai masalah batu karang.
3. Masalah batu karang lebih cenderung menyerang lelaki atas beberapa faktor terutamanya gaya hidup mereka. Gaya hidup lelaki yang membuatkan mereka lebih mudah obes dan gaya pemakanan yang tidak seimbang merupakan puncanya.
4. Lelaki boleh dikatakan kurang mengambil air kosong seperti yang disarankan setiap hari lalu menyebabkan penghidratan. Malah mereka juga kurang melakukan senaman bagi mengekalkan gaya hidup sihat.
5. Saluran urin lelaki yang kompleks berbanding wanita juga dikatakan antara punca kecenderungan tersebut. Gaya hidup perlu diubah ke arah yang lebih sihat tanpa mengira jantina.
6. Namun, kebelakangan ini bilangan wanita menghidap masalah ini turut bertambah disebabkan pemakanan mereka.
7. Risiko lain antaranya sejarah keluarga yang menghidap masalah sama, hipertensi, gout, lumpuh, penyahidratan, masalah metabolisme, kekurangan sitrat pada urin & cuaca panas.
8. Pekerjaan yang kurang melibatkan pergerakan seperti kerja yang duduk di pejabat atau individu yang jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.
Jika kita benar-benar menyayangi diri kita dan amanah tubuh badan yang diberikan, pastikan pencegahan diambil awal dan bukan menunggu rawatan.
Sumber


Lelaki & Perubahan Diri Pada Usia 40


Lingkungan usia 40 hingga 60 tahun kerap dikaitkan dengan krisis pertengahan usia. Walaupun mungkin ada memandangnya dari sudut negatif, ia sebenarnya sebahagian proses kematangan normal.

Semua orang akan melalui detik perubahan emosi dalam hidup. Namun, bagaimana anda menangani perubahan itu yang akan mempengaruhi hidup? Ada lelaki berjaya mengharunginya dengan baik.

Bagaimanapun, tidak dinafikan bagi sesetengah lelaki, krisis pertengahan usia sangat merumitkan hingga membawa kepada tekanan perasaan atau mungkin perceraian.

Jika wanita mengalami putus haid, lelaki pula kerap tersepit dalam permasalahan pada usia pertengahan. Ada penyelidik melihatnya sebagai andropaus, namun sebenarnya lebih pada keupayaan seseorang lelaki itu menangani masalah yang dihadapinya.

Perkara paling asas ialah menjaga pemakanan dan bersenam, selain berada dalam persekitaran positif. Lelaki dengan emosi tidak stabil mula berfikiran negatif.

Dia membandingkan kejayaan dirinya dengan rakan, sekali gus memberi tekanan dan mula berasakan kehidupannya akan berakhir tanpa sebarang pencapaian.

Perubahan hormon

Keadaan ini diburukkan lagi dengan perubahan hormon yang mempengaruhi bukan saja fizikal tetapi keinginan seksual dan dihimpit permasalahan peribadi dengan pasangan. Hormon testosteron bukan saja mempengaruhi keinginan seksual, tetapi apabila parasnya menurun ia juga menjejaskan pemikiran dan tubuh badan.

Krisis pertengahan umur dalam kalangan lelaki juga boleh dilihat pada perubahan fisiologi. Menghampiri usia 40 tahun, hormon testosteron menyebabkan perubahan fizikal yang boleh dilihat. Antaranya jika dulu tegap tetapi sekarang sudah gemuk dan buncit.

Fungsi seksual juga berkurangan, sekali gus mempengaruhi sosiologi. Perubahan biologi dilalui oleh semua lelaki dan wanita tetapi perubahan itu tidak sama.

Hal ini berkait dengan isu paling asas, menjaga pemakanan dan mengawal berat badan dan berada dalam suasana persekitaran yang kondusif. Ada kala tekanan perasaan pada pekerjaan ditambah dengan masalah kesihatan akan menyebabkan lelaki hilang kawalan dalam hidupnya.

Ada juga lelaki yang berkeinginan memulakan hubungan baru kerana melihat kehidupan sosialnya semakin stabil dan anak-anak juga sudah meningkat dewasa.

Lelaki yang berdepan dengan krisis pertengahan umur kerap tidak menyedari masalah sebenar. Isteri atau ahli keluarga rapat boleh membantunya. Perubahan sikap dan mood boleh memberi petunjuk masalah sebenar dialami.

Jika dikaitkan dengan masalah andropaus, perlu dirujuk kepada doktor. Mengambil terapi gantian hormon antara rawatan yang ditawarkan perubatan moden. Namun, keupayaan mengawal diri, bersenam dan menjaga kesihatan adalah antara langkah paling asas dan utama.

Simptom krisis pertengahan usia
·        Berasa tidak bahagia dengan hidup atau gaya hidup.

·        Bosan dengan mereka yang berada di sekelilingnya dan bidang yang dulu menarik minatnya.

·        Mempersoalkan pilihan yang tidak dibuat dalam hidup dan mengapa mereka tidak memilih sebaliknya.

·        Marah pada pasangan dan rasa terikat dengannya.

·        Tidak berupaya membuat keputusan hala tuju hidup mereka.

·        Keinginan menjalin perhubungan baru (Ramai lelaki usia ini menyalah tafsirkan keinginan ini dengan mula mencari alasan berkahwin dengan anak dara. Lebih parah jika memilih anak dara seusia anak sulungnya atau perbezaan umur melebihi 10 tahun atau 15 tahun ke atas).

Sumber