Adakah anda lelaki berumur 40 tahun ke
atas, mula mengalami masalah kehilangan nafsu seksual atau mati pucuk, kerap
keletihan, tidak bertenaga dan sukar menumpukan perhatian?
Jika ya, sekarang perhatikan pula
bentuk badan anda.
Adakah otot yang dulunya gagah kini
mula mengendur dan menggeleber?
Badan pula semakin `kembang’ dan
mempunyai banyak lemak, terutama pada perut dan dada?
Jika semua ini ada pada anda, tandanya
anda sedang mengalami masalah kekurangan hormon kelelakian iaitu testosteron!
Apakah itu Hormon Testosteron ?
Testosteron adalah hormon seks lelaki
yang paling penting. Ia bertanggungjawab dalam perkembangan tubuh daripada
kanak-kanak kepada lelaki dewasa yang bermula ketika baligh.
Testosteron diperlukan sepanjang hayat
seseorang lelaki untuk memastikan kesihatan yang menyeluruh. Testosteron
memberikan lelaki sifat kelelakian, keinginan seks, membentuk susuk tubuh
lelaki yang meningkatkan keyakinan seseorang.
Bagaimanapun,
paras hormon testosteron mula berkurangan selepas umur 40 tahun
dengan pengurangan sebanyak 1.2 peratus setahun dan apabila meningkat umur 75
tahun, hormon ini dianggarkan berkurang sebanyak 35 peratus.
Masalah ini akan menjadi lebih buruk
jika anda seorang lelaki yang gemuk kerana anda berisiko tiga kali ganda
mengalami masalah kekurangan hormon testosteron.
Kekurangan hormon inilah yang
menyebabkan lelaki mula kehilangan sifat `kelelakian’ mereka seperti mati
pucuk dan kehilangan nafsu seks.
Dianggarkan 60% daripada lelaki
yang mengalami masalah mati pucuk berpunca daripada kekurangan hormon
testosteron.
Perkaitan Gemuk, Diabetes & Mati
Pucuk
Pakar menyatakan bahawa perubahan pada struktur badan dan mati pucuk boleh menjadi petanda utama kepada masalah kekurangan hormon testosteron, malah ramai tidak menyedari kaitan perkara ini berlaku kepada mereka.
Gejala ini lebih ketara di kalangan
lelaki gemuk. Masalah kegemukan dan kekurangan hormon testosteron sangat
berkait rapat.
Lelaki gemuk mempunyai risiko tiga kali
ganda mengalami masalah paras testosteron tidak normal berbanding individu
lain.
Dalam kajian komuniti ke atas 1,046
lelaki dengan purata umur 56 tahun di Subang Jaya, Selangor pada 2006, didapati
191 responden (18.5 peratus) mempunyai masalah paras testosteron
rendah. Daripada keseluruhan reponden, 51.7 peratus adalah lelaki dalam
kategori gemuk.
Penyusutan hormon testosteron juga
dialami oleh lelaki yang mempunyai kencing manis. Inilah sebabnya mengapa ramai
pesakit kencing manis hilang `kehebatan’ di atas katil.
Lelaki yang mengambil ubat bagi merawat
kencing manis, merendahkan paras kolesterol dan glukos sangat berisiko untuk
mati pucuk. Jadi inilah sebabnya kenapa ramai pesakit kencing manis menyatakan
zakar mereka gagal untuk tegang sepenuhnya.
Gejala yang disebabkan oleh kekurangan
testosteron ialah:
· Penurunan ketumpatan tulang
· Penurunan kekuatan dan jisim otot
· Penurunan nafsu seks
· Mandul
· Keupayaan ereksi merosot
· Fungsi kognitif (aktiviti mental) merosot
· Kesihatan keseluruhan menurun
· Proses penghasilan sel darah dan platelet
(hematopoeisis) menurun
· Peningkatan masalah berat badan dan obesiti
· Emosi tidak stabil dan mudah alami kemurungan
· Mudah letih
Rawatan
Hormon Testosteron
Rawatan hormon testosteron dalam bentuk
suntikan memberi harapan baru kepada lelaki. Lelaki yang ada masalah kekurangan
hormon testosteron hanya memerlukan empat dos suntikan setahun dengan satu
suntikan bagi setiap 12 minggu (tiga bulan).
Setiap dos akan membekalkan hormon
testosteron pada julat normal dalam tempoh 12 minggu.
Selain suntikan, ada juga rawatan jenis
tampalan, implan dan pil hormon. Tetapi awas, rawatan jenis ini memerlukan
khidmat & nasihat doktor pakar kerana kesan sampingannya sangat serius jika
diambil secara ‘over dose’.
Doktor akan melakukan ujian darah untuk
mengesahkan sama ada mereka sesuai mendapatkan terapi hormon ini.
Lelaki yang ada penyakit prostat tidak
sesuai mendapatkan rawatan ini kerana hormon testosteron boleh merangsang
pertumbuhan penyakit mereka dan mungkin menyebabkan penghasilan sel kanser
prostat.
Kajian ke atas lelaki yang menggunakan
rawatan ini, mendapati ia memberi kesan positif pada ketegangan zakar pada
waktu pagi, ketegangan keseluruhan dan pancutan air mani. Malah, daya tumpuan,
emosi, tenaga dan keyakinan turut meningkat apabila semua masalah membabitkan
seks dapat diatasi.
Selain rawatan suntikan hormon
testosteron, cara terbaik untuk mengembalikan tahap testosteron adalah dengan
mengamalkan herba seperti tongkat ali dan ubi jaga. Herba ini diakui dapat
meningkatkan hormon testosteron secara semulajadi, malah telah lama diamalkan
oleh orang-orang tua di Asia Tenggara.
Rawatan herba jauh lebih selamat kerana
tidak melibatkan sebarang pembedahan ataupun suntikan.
M-prolabs Alpha Capsule adalah
suplemen herba terbaik untuk lelaki yang inginkan kesihatan seksual di tahap
optimum. Herba ini sangat baik untuk pesakit diabetes kerana ia mampu
menstabilkan gula dalam darah.
Ia
diperbuat daripada 3 herba terbaik, mempunyai kelulusan KKM & Halal JAKIM.
Kesihatan
seksual penting kepada lelaki kerana ia menggambarkan kesihatan keseluruhan
seseorang individu. Kesihatan seksual yang tidak normal bukan saja menjejaskan
rumahtangga & keyakinan diri seseorang lelaki, tetapi turut mempengaruhi
emosi, daya tumpuan dan tenaga.